Wednesday, May 6, 2009

Sentimental


Tajuk entry macam jiwang, tapi hakikatnya aku cukup sedih sehari dua ni. Disebabkan PERPISAHAN. Bukan putus tunang ke apa, tapi aku sebak bila membaca tajuk entry ini di Soccernet Isnin lepas iaitu 'Hyypia to leave Liverpool'.

Bila bercakap mengenai 'role model', mamat ni adalah contoh terbaik mengenai perkataan SETIA dan DEDIKASI dalam bola sepak moden.

10 tahun servis di Liverpool untuk seorang pemain asing yang berasal dari Finland cukup membuktikan dua perkataan dalam bold letter di atas layak, selayaknya diberikan untuk Hyypia.

Aku masih di Tingkatan Lima semasa Hyypia menyertai Liverpool, iaitu sekitar summer 1999. Bila 1st time aku baca nama mamat ni dengan Vladimir Smicer sign untuk Liverpool, ayat pertama yang terlintas 'dari negara mana mamat ni, at least Smicer aku kenal masa zaman Euro 96'.

Tak terduga inilah the best signing in comparison pound for pound yang pernah dibuat Liverpool. (Hyypia signed for 2.5 million pound from Willem II, Holland)

Hyypia merangkul 10 piala sepanjang 10 tahun khidmatnya dengan Liverpool, termasuk dua tahun berkhidmat sebagai KAPTEN iaitu antara 2001 hingga 2003.

Buat pengetahuan, jersi pertama Liverpool yang aku beli juga tertera nama HYYPIA 4 dekat belakang dan jersi tu masih ada cuma tak cantik nak pakai sebab tulisan sponsor dia dah tertanggal.

To Hyypia, I wish you a bright future at Leverkusen. Show the same commitment as what you did to Liverpool. Do come back to Anfield as a coach in a couple of years.

Good bye big man! You'll Never Walk Alone.

2 comments:

johnbean said...

hidup liverpool...

Shahrizan Salian said...

johnbean

YNWA bro.
Liverpool fans=Best in the world