Tuesday, June 30, 2009

Dalam kehadiran Sofiah

Layan rock and roll blues sikit.
Album Jerangkung Dalam Almari Beb (1991)..aku baru darjah tiga masa ni.

Saturday, June 20, 2009

saja saja try menatang tag ni

Amik dari Belle. Dia bagi kot.

Bekas kekasih saya:
Aku takde bekas kekasih. Orang kata cinta pertama tu masih lagi yang skarang ni. Err.. bakal kekasih boleh? :D :D


Saya sedang mendengar:
ST12-Puspa (Putus Saja Pacarmu) dari Winamp


Mungkin saya patut:
Tidur kerana perlu bangun awal esok


Saya suka:
bola, muzik, pengetahuan am dan wikipedia

Sahabat-sahabat baik saya:
aku suka berkawan, tapi tak suka ada sahabat baik. susah nak percaya orang.

Saya tak paham:
dengan kemahuan politik semasa

Saya kehilangan:
wang yang agak banyak menjelang hari penting bulan 8 ni


Ramai yang berkata:
hidup banyak susah skarang ni. semua barang harga naik, gaji tak naik2


Makna nama saya:
Nama Penuh, Shahrizan = Bulan Pengimbang
Nama Panggilan Kawan2, T-Rex = Erm, dinasour kot. Vokalis Kamikaze pun boleh.
Nama Panggilan Formal, Shah = Bulan


Cinta itu adalah:
Universal, kasih dan sayang


Di suatu tempat, seseorang sedang:
Manalah aku tahu.


Saya akan cuba:
untuk menyimpan duit dengan cermat, berdisiplin dan membuat pelaburan lebih mantap lepas ni. KURANGKAN perbelanjaan yang tidak perlu.

Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Fana


Telefon bimbit saya:
Aku ada 3 handphone. 2 nokia dan 1 sony ericsson. 2 nokia tu jenis cikai je dan aku pakai nokia yang ada function lampu suluh tu. skrin dia HITAM PUTIH je pun. aku suka sbb permukaan dia lembut dan keypad dia sedap. handphone aku hanya untuk MESSAGING dan CALL saja.

Bila saya terjaga dari tidur:
tengok bilik terang atau masih gelap

Saya paling meluat apabila:
banyak benda senang buat aku menyampah. senang cerita aku ni selalu travel, jadi banyak benda kat jalan raya tu buat aku meluat terutama yang BAWAK MOTOR tu.

Pesta atau Parti adalah:
Untuk orang umur 17-21 oklah kot. Kalau umur lebih dari tu nak berparti tu patut kena hantar KHIDMAT NEGARA

Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Memerang. Aku suka bila dia garu-garu tengkuk dia ngan kaki pendek tu.


Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Sekarang ni kot. Mencabar, ada warna warni dan lebih matang...dan ada peluang urus duit sendiri.

Hari ini:
hari Sabtu dan aku kerja hari ni.

Saya betul-betul inginkan:
tiket percuma pergi balik, penginapan dan pas masuk ke Anfield. Selain tu, Rumah di Kinrara serta 2 apartment untuk investment di sekitar lembah klang.

Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini:
sikat rambut.

Makanan segera adalah:
Aku makan makanan segera 1-2 kali sebulan. Aku prefer makan lauk pauk Melayu

Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
Pam enam 20, itu ambik 100 plus botol kecik satu. (kat bangla Petronas Pasar Borong Selangor)

Siapa yang anda nak Tag?
Tak payah lah.

Bukit Jalil

Next month aku nak pindah Bukit Jalil, tempat idaman sejak sekian lama. Tempat tu kira Oklah, nampak macam crowded tapi nice. Rumah tu pun nice, aku puas hati..walaupun kena spend lebih sikit lepas ni tapi aku dapat buat penjimatan dari segi distant, sbb 15 minit je ke ofis berbanding skarang, 40 minit. Lagipun sini byk kemudahan dan lepas ni nak tgk bola pun boleh jalan kaki :D

Friday, June 12, 2009

Boleh tahan

Takdelah layan AF ni sangat. Tapi lagu ni not bad jugak eh..top of my list now :D



Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi

Penjara.. hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda, yang dilanda
Kehilangan..

Chorus:
Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku

Ratib sendu..
Ratib sendu bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranaku keranamu dipisahkan

(ulang chorus)

Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat masih ada
Kau bertakhta di hatiku

(ulang verse 1)

Wednesday, June 10, 2009

Kurang produktif

Dah hari Rabu. Dah tiga hari bekerja untuk minggu ni, masih tidak produktif. Dah letak nama blog POSITIF DAN PROGRESIF pun masih tak membantu. Dah tiga hari membelasah kuiz2 pengetahuan am di Facebook. Hanya ada satu assignment saja setakat minggu, dan assignment bodoh. Dapat assigment bodoh pun tak kena, dapat assignment mencabar pun tak kena. Ah..aku nak CUTI.

Tuesday, June 9, 2009

Galactico

Yahu! Galactico pertama. Ini macam baru best. :D :D
Watch out Barca!



"On 8 June, Kaká signed a six-year contract with Real Madrid for an undisclosed fee believed to be £56 million,[28] making him the first player to be bought by Pérez since his re-election as team president. This amount paid is also a new world record transfer fee, breaking the previous record that has been set by Zinedine Zidane's transfer from Juventus to Madrid in 2001"

Full name Ricardo Izecson dos Santos Leite
Date of birth April 22, 1982 (1982-04-22) (age 27)
Place of birth Brasília, Brazil
Height 1.86 m (6 ft 1 in)
Playing position Attacking midfielder / Forward

Years Club App (Gls)
2001–2003 São Paulo 59 (23)
2003–2009 Milan 193 (70)

2002– Brazil 63 (23)


Stim tengok statistik dia ni.

Monday, June 8, 2009

Nama aku Daniel (wtf)

Aku selalu hantar dobi di satu kedai yang dijaga oleh pekerjanya, orang Indon. Servisnya bagus walaupun kadar yang dikenakan sedikit mahal. Dulu aku hantar dobi ke satu kedai yang diselia sepenuhnya oleh orang kita, tapi sejak mereka menghilangkan baju aku dengan enggan menggantinya malah servisnya pun sangat kurang memuaskan, aku dah stop hantar ke situ walaupun murah. Tapi, kalau kedai Indon tu tutup, terpaksa la jugak aku menghantar ke kedai yang satu ni. Adalah satu hari tu, aku hantar lah baju2 aku ke sana. Sampai sana, aku terus letak plastik baju tu atas alat penimbang. Datang pulak pekerja dia ni, seorang lelaki, mungkin 20an, mungkin 30an. Dan dia juling. Lepas dia mengambil berat baju aku, dia dengan confidentnya berkata
Brader: Boleh ambil esok petang ye, Daniel"
Aku: Ok, eh ye, apa tadi?
Brader: Ambil esok petang. Abang ni Daniel kan? Selalu hantar sini, saya dah tulis kat resit ni.
Aku: Eh bukan, jarang hantar sini. Saya SHAHRIZAN.
Brader: Oh, Shahrizan. Muka sama macam Daniel. Ambik esok ye bang.
Aku: (Dalam hati) Wtf? Sapa Daniel, aku hensem kan, tak layak pakai nama itu. Itu nama jambu.

Kesimpulannya, aku tak hantar situ dah. Dan aku maafkan brader tu sebab dia juling. Daniel tu tak hensem, aku hensem.Sekian.

Saturday, June 6, 2009

Sadur

Kita selalu dengar banyak lagu melayu disadur dari lagu luar, contohnya Vida (Phyne Ballerz), Sonata Musim Salju (Hazami) dan Khayalan (Ruffedge/Black Dog Bone).

Ada juga lagu ciptaan tempatan yang DISADUR ke bahasa asing.

Antaranya...

Hi Hi Bye Bye (Cyndi Wang/Taiwan), nyanyian asal Ezlynn ciptaan KRU



Tinak Tin Tana (Filem Mann/India), nyanyian dan ciptaan asal Iwan. Dalam kes ni, lagu Iwan telah diciplak dan dibawa ke mahkamah. Iwan menang.




Masih Ada Rindu (Darksky/Jerman), nyanyian asal kumpulan The Unwanted. Dinyanyikan semula tanpa dialih bahasa oleh band rock dari Jerman.

Friday, June 5, 2009

Main game

Dulu aku kaki main game dan pernah menjadi game reviewer Berita Harian. Ruangan game review atau Simulasi (nama Simulasi ni aku yang suggest) keluar pada sisipan Sabtu ketika zaman paper BH ni bersaiz broadsheet.skarang dah takde.yang ada sekarang adalah ruangan Teknologi pada bahagian centrespread Ekonomi setiap hari Khamis. Lama tak buat story pasal game ni, hah minggu ni ada can. Bos aku suruh.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Ekonomi/20090604104208/Article/

Ekspo E3 pamer kehebatan konsol permainan video

Oleh Shahrizan Salian
shahrizan@bharian.com.my
Platform penting pembangun permainan video peraga keunikan, kecanggihan teknologi

TEKNOLOGI permainan video kini pesat berkembang dengan pakar pembangun dan penerbit berlumba-lumba dan bersaing sengit menghasil dan mengeluarkan revolusi permainan baru bagi memikat peminat.

Gergasi permainan video seperti Electronic Arts, Microsoft, Ubisoft dan Nintendo sentiasa muncul dengan idea baru yang menjadikan permainan video kini bukan saja aktiviti santai, malah sudah ada golongan profesional yang menjadikannya mata pencarian.

Menyedari pasaran luas bagi industri permainan video, persidangan Ekspo Hiburan Elektronik Antarabangsa (E3) yang bermula sejak 1995 menjadi platform penting kepada pembangun permainan video memperagakan teknologi terkini masing-masing.

Tahun ini, E3 diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dan seperti penganjuran sebelumnya, semua gergasi permainan video global terbabit dalam ekspo dan persidangan berkenaan bagi mempamerkan produk keluaran terbaru mereka.

Microsoft, menggunakan E3 tahun ini untuk memperkenalkan prototaip permainan terbarunya dengan kod nama “Project Natal”, satu sistem yang menggabungkan kamera dan suara dengan perisian pengenalan wajah untuk mengenal pasti pemain dan pergerakan mereka.

Teknologi berkenaan, yang masih dibangunkan secara rahsia oleh Microsoft membolehkan pengguna bermain permainan video menggunakan pergerakan badan mereka sendiri untuk menggerakkan watak dalam permainan daripada menggunakan alat kawalan tangan.

Project Natal membolehkan pengguna bermain permainan pemanduan dengan hanya menggerakkan tangan mereka seolah-olah sedang memusing stering kereta.

Sementara itu, permainan berwatak seperti tinju, papan luncur, bola sepak dan permainan berbentuk sukan lain meniru pergerakan badan pemainnya.

Sistem berkenaan mengimbas wajah dan suara untuk mengenal pasti siapa sebenarnya sedang memainkan permainan video berkenaan, seperti yang ditunjukkan dalam demonstrasi di ekspo berkenaan.

Konsol Xbox 360 yang dilengkapi dengan Project Natal mampu memberi tindak balas kepada arahan yang dinyatakan menerusi percakapan seperti memainkan filem cereka atau sambungan dalam talian untuk perbualan video bersama pemain lain.

Microsoft turut mengembalikan nostalgia peminat kumpulan pop terkemuka Britain, The Beatles dengan melancarkan premis ‘The Beatles: Rock Band’ yang menjanjikan keseronokan mengikuti siri jelajah kumpulan berkenaan ke serata dunia.

Permainan video ini memuatkan 10 lagu kugiran itu termasuk “I Saw Her Standing There,” “I Want To Hold Your Hand,” “Day Tripper dan “Back In The USSR.”

Seperti francais Rock Band terdahulu, permainan ini membolehkan pemainnya mengguna alat kawalan menyerupai gitar atau set dram sebenar untuk mendapatkan markah dengan menekan nota muzik yang keluar pada skrin monitor dengan butang yang terdapat pada alat muzik terbabit.

Untuk menjadikannya lebih menarik, permainan itu turut memuatkan jalan cerita yang membolehkan pemainnya menjadi ahli kugiran berkenaan dengan bermula pada awal kerjaya mereka mengadakan persembahan di The Cavern Club di Liverpool, England.

Sementara itu, Nintendo, dengan kerjasama Ubisoft memperkenalkan rejim permainan kecergasan yang menepis tanggapan umum bahawa permainan video bukanlah satu aktiviti menyihatkan, selepas kejayaan permainan Wii Fit.

Permainan video ‘Your Shape’ direka untuk konsol Nintendo Wii menggunakan kamera bagi mengimbas badan pemainnya dan ‘menampalnya’ ke dalam skrin, yang mana seorang jurulatih kecergasan maya membimbing mereka melalui rutin kecergasan.

Ubisoft bekerjasama dengan Nintendo untuk membangunkan sebuah kamera bagi mengimbas bentuk badan pemain ke dalam konsol Wii bagi membolehkan pemain menetapkan sasaran kecergasan mereka dan perkembangan seterusnya.

Kamera itu turut mengesan pergerakan pemain supaya seorang jurulatih dalam permainan itu boleh memberi nasihat dan maklum balas pada masa sebenar, menurut pereka bentuk permainan berkenaan.

Pada masa sama, satu lagi gergasi permainan video, Sony memperagakan alat kawalan video dengan teknologi hampir serupa dengan pesaingnya, mencetuskan arah aliran baru yang menjauhkan pemain daripada bebutang pada alat permainan yang sukar dikendalikan.

Kamera pada konsol itu mengesan pergerakan pemain dan perisian menterjemahkan pergerakannya kepada watak dalam skrin, sama ada sedang menghayun pedang, raket, kayu besbol atau mengacu senapang.

Pada ekspo itu, Sony turut memperkenalkan konsol permainan video generasi seterusnya PSP Go sebagai saingan terus kepada peranti DSi yang baru diperkenalkan oleh Nintendo.

Francais permainan video terkenal termasuk “Gran Turismo,” “Metal Gear Solid,” dan “Resident Evil” adalah antara permainan baru yang dapat disesuaikan dengan peranti PSP Go itu.




TEKNOLOGI Natal's Motion daripada X-Box Project Natal membolehkan pemain menggerakkan simulasi karekter permainan video menggunakan pergerakan tubuh

Wednesday, June 3, 2009

mana pergi...

..komposer tempatan yang bagus-bagus dan boleh buat lagu-lagu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Zaman mungkin berubah tapi aku perhatikan sejak alaf baru ni, erm lagu2 tempatan sangat kurang yang boleh lekat di minda aku untuk tempoh lama.
Sorry to say, aku rasa even si sifu M Nasir punya lagu pada alaf baru pun agak...erm fikir sendirilah.
Tak macam semasa kegemilangan lagu2 tempatan kita pada 80-an dan 90-an. Cukup meriah walaupun bila aku kaji balik lagunya senang2 saja.
Adakah salah komposer atau salah penyanyi itu sendiri?
Aku cukup rindukan sentuhan komposer hebat macam Manan Ngah, A Ali, Rahim Othman, Wan Zul, Saari Amri Zubir Ali dan Fauzi Marzuki, to name a few.
Mereka ini masih ada tapi ke mana hilangnya sentuhan emas masing-masing? Adakah zaman yang mengubah deria mereka atau telinga akukah yang kurang peka dengan selera semasa?
Buat komposer generasi baru, contohnya Audi Mok, Abu Hassan Brothers (Adnan and Azlan), Aubrey Suwito so on dan so on..boleh tak buat kompisisi yang lebih senang tangkap kat telinga ni. Ini sikit-sikit aku bukak radio lagu yang terlebih CUBA. They tried hard, it sounds good but in the end people tend to just FORGET it after 1-2 years. That's not cool.
Aku bagi contoh komposer generasi terbaru yang baik adalah Aidit Alfian. Lagu2 ciptaan dia kebanyakannya cheeky, tapi it suits the mass market. Ramai orang boleh layan.
Dan sekarang muncul ramai pencipta generasi 'Indie' yang bagi aku erm...they think their music are cool...tapi aku tetap masukkan mereka dalam kategori terlebih CUBA seperti di atas. Mereka mungkin boleh belajar satu atau dua perkara daripada otai2 yang agak lama sikit dalam indie scene ni let's say Andy (Flop Poppy) atau Bro Neves (Pretty Ugly). Atau boleh refer kepada susunan lagu brader2 Exists macam Musa atau Along. They are GOOD.
I am no composer but certainly a good listener...

By the way, lagu camnilah yang aku nak.



PRETTY UGLY-ITU BUKAN AKU

Telah cuba sedaya upaya
untuk sembuh luka
namun masih lagi kau tak terima
katamu itu dusta

Mereka hanya cemburukan kita berdua
mustahil ku menduakan dirimu
kau segala galanya
woo ooo

Dah berkali ku bicara
masih tak percaya
itu bukan aku
kini kau sudah berganti
kepada dirimu
ku dilarang kembali

Tak pernah ku salahkan
dirimu atas semua
ku cuma dihasut dan
kau cuma sangsi
dengan kesetiaanku

Siapa harus kau dengarkan
ku atau dia
dimana letak diriku ini
di mata atau di hati

Tuesday, June 2, 2009

Aku tau kau tua...

..tapi boleh tak respek dan hargai orang lain lebih muda?

Kau ingat kau boleh buat apa je PU***AK...???

Tau tak aku penattt...!!!!

Aku nak cover tido!

Aku bukan STAR!!!! Tapi kau treat aku macam STAR!!!! So give me what I totally DESERVE.

Kau memang CIBAI. Kalau masuk skolah asrama dah kena belasah TAU TAK. Aku tak kital orang tapi kalau BARAN ni datang, watch it out. Kat dalam lain kat luar bukak cerita lain. Ingat tu.

(muzik latar, credit to MUH-Putihnya Lukisan)

Oh manusia
Tak kumengerti sifatnya
Ada mulia, ada juga kejinya
Yang si tua berbalahkan kuasa
Yang si muda mengacukan senjata

Oh maruah dijualbeli
Oh murahnya
Oh bumi terbelah lagi
Oh bencana


Done. Aku nak tido.

Oh, ni gambar desktop Acer Aspire 2930 aku.