Wednesday, June 3, 2009

mana pergi...

..komposer tempatan yang bagus-bagus dan boleh buat lagu-lagu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Zaman mungkin berubah tapi aku perhatikan sejak alaf baru ni, erm lagu2 tempatan sangat kurang yang boleh lekat di minda aku untuk tempoh lama.
Sorry to say, aku rasa even si sifu M Nasir punya lagu pada alaf baru pun agak...erm fikir sendirilah.
Tak macam semasa kegemilangan lagu2 tempatan kita pada 80-an dan 90-an. Cukup meriah walaupun bila aku kaji balik lagunya senang2 saja.
Adakah salah komposer atau salah penyanyi itu sendiri?
Aku cukup rindukan sentuhan komposer hebat macam Manan Ngah, A Ali, Rahim Othman, Wan Zul, Saari Amri Zubir Ali dan Fauzi Marzuki, to name a few.
Mereka ini masih ada tapi ke mana hilangnya sentuhan emas masing-masing? Adakah zaman yang mengubah deria mereka atau telinga akukah yang kurang peka dengan selera semasa?
Buat komposer generasi baru, contohnya Audi Mok, Abu Hassan Brothers (Adnan and Azlan), Aubrey Suwito so on dan so on..boleh tak buat kompisisi yang lebih senang tangkap kat telinga ni. Ini sikit-sikit aku bukak radio lagu yang terlebih CUBA. They tried hard, it sounds good but in the end people tend to just FORGET it after 1-2 years. That's not cool.
Aku bagi contoh komposer generasi terbaru yang baik adalah Aidit Alfian. Lagu2 ciptaan dia kebanyakannya cheeky, tapi it suits the mass market. Ramai orang boleh layan.
Dan sekarang muncul ramai pencipta generasi 'Indie' yang bagi aku erm...they think their music are cool...tapi aku tetap masukkan mereka dalam kategori terlebih CUBA seperti di atas. Mereka mungkin boleh belajar satu atau dua perkara daripada otai2 yang agak lama sikit dalam indie scene ni let's say Andy (Flop Poppy) atau Bro Neves (Pretty Ugly). Atau boleh refer kepada susunan lagu brader2 Exists macam Musa atau Along. They are GOOD.
I am no composer but certainly a good listener...

By the way, lagu camnilah yang aku nak.



PRETTY UGLY-ITU BUKAN AKU

Telah cuba sedaya upaya
untuk sembuh luka
namun masih lagi kau tak terima
katamu itu dusta

Mereka hanya cemburukan kita berdua
mustahil ku menduakan dirimu
kau segala galanya
woo ooo

Dah berkali ku bicara
masih tak percaya
itu bukan aku
kini kau sudah berganti
kepada dirimu
ku dilarang kembali

Tak pernah ku salahkan
dirimu atas semua
ku cuma dihasut dan
kau cuma sangsi
dengan kesetiaanku

Siapa harus kau dengarkan
ku atau dia
dimana letak diriku ini
di mata atau di hati

No comments: