Saturday, June 20, 2009

saja saja try menatang tag ni

Amik dari Belle. Dia bagi kot.

Bekas kekasih saya:
Aku takde bekas kekasih. Orang kata cinta pertama tu masih lagi yang skarang ni. Err.. bakal kekasih boleh? :D :D


Saya sedang mendengar:
ST12-Puspa (Putus Saja Pacarmu) dari Winamp


Mungkin saya patut:
Tidur kerana perlu bangun awal esok


Saya suka:
bola, muzik, pengetahuan am dan wikipedia

Sahabat-sahabat baik saya:
aku suka berkawan, tapi tak suka ada sahabat baik. susah nak percaya orang.

Saya tak paham:
dengan kemahuan politik semasa

Saya kehilangan:
wang yang agak banyak menjelang hari penting bulan 8 ni


Ramai yang berkata:
hidup banyak susah skarang ni. semua barang harga naik, gaji tak naik2


Makna nama saya:
Nama Penuh, Shahrizan = Bulan Pengimbang
Nama Panggilan Kawan2, T-Rex = Erm, dinasour kot. Vokalis Kamikaze pun boleh.
Nama Panggilan Formal, Shah = Bulan


Cinta itu adalah:
Universal, kasih dan sayang


Di suatu tempat, seseorang sedang:
Manalah aku tahu.


Saya akan cuba:
untuk menyimpan duit dengan cermat, berdisiplin dan membuat pelaburan lebih mantap lepas ni. KURANGKAN perbelanjaan yang tidak perlu.

Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Fana


Telefon bimbit saya:
Aku ada 3 handphone. 2 nokia dan 1 sony ericsson. 2 nokia tu jenis cikai je dan aku pakai nokia yang ada function lampu suluh tu. skrin dia HITAM PUTIH je pun. aku suka sbb permukaan dia lembut dan keypad dia sedap. handphone aku hanya untuk MESSAGING dan CALL saja.

Bila saya terjaga dari tidur:
tengok bilik terang atau masih gelap

Saya paling meluat apabila:
banyak benda senang buat aku menyampah. senang cerita aku ni selalu travel, jadi banyak benda kat jalan raya tu buat aku meluat terutama yang BAWAK MOTOR tu.

Pesta atau Parti adalah:
Untuk orang umur 17-21 oklah kot. Kalau umur lebih dari tu nak berparti tu patut kena hantar KHIDMAT NEGARA

Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Memerang. Aku suka bila dia garu-garu tengkuk dia ngan kaki pendek tu.


Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Sekarang ni kot. Mencabar, ada warna warni dan lebih matang...dan ada peluang urus duit sendiri.

Hari ini:
hari Sabtu dan aku kerja hari ni.

Saya betul-betul inginkan:
tiket percuma pergi balik, penginapan dan pas masuk ke Anfield. Selain tu, Rumah di Kinrara serta 2 apartment untuk investment di sekitar lembah klang.

Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini:
sikat rambut.

Makanan segera adalah:
Aku makan makanan segera 1-2 kali sebulan. Aku prefer makan lauk pauk Melayu

Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
Pam enam 20, itu ambik 100 plus botol kecik satu. (kat bangla Petronas Pasar Borong Selangor)

Siapa yang anda nak Tag?
Tak payah lah.

3 comments:

laki cikgu kimia said...

enarek gak tag nih..

lavidalabelle said...

owh bulan,
bulan 8 kamu kahwin nanti jgn lupa jemput belle sbg VVIP. lalala...

Shahrizan Salian said...

laki cikgu kimia

menarek, jangan tak menarek. buatlah jugak :D

Belle

Bulan 8 ni bulan puasa.
Bulan 8 bulan mencari 'bakal kekasih baru' juga :D :D