Sunday, May 31, 2009

Sebelum banjir

Kalau gi karaoke, lagu orang putih yang aku suka nyanyi adalahhhhhhhhhhhh.......

Bertie Higgins-Casablanca



Europe-Carrie



Wet Wet Wet-Love Is All Around



dannnn sudah pastinya all time feberet!!!

MLTR-25 Minutes

Bijak!



Aku menerima anugerah ini dari Cik Diva, si Belle ! Tq Diva!

p/s Sangat bersetuju dengan keputusan mengehadkan 10 subjek untuk SPM. Efforts done by previous students should be applauded, tapi cukup2 lah usaha memecah rekod setiap tahun tu. Kualiti makin teruk kalau tiap2 tahun diorang terkejar2 jumlah A. Instead, tinggikanlah paras untuk mendapat A1 tu, let's say 75 markah?

Friday, May 29, 2009

Layout maskulin

Aku perlu menukar layout sebelum ini yang hanya bertahan 3 hari.
Ini selepas ditegur oleh blogger Belle yang cakap layout aku tu girlie sebab ada polka dot. Rasanya aku pilih layout berkenaan di ruangan 'Layout for Boys'. :D
Dan untuk membuktikan kepada Belle bahawa dia tidak membaca blog seorang nyah, aku senaraikan lima bukti aku adalah tulen :D

1. Nama aku Shahrizan. Betul ada pompuan nama Shahrizan, tapi pompuan yang memiliki nama ini pasti akan ditegur dengan ayat "Eh, nama you macam lelaki"

2. Aku Shahrizan BIN Salian.

3. No IC aku 820305-01-5507. Perhatikan angka terakhir itu adalah nombor ganjil. Kerajaan Malaysia menetapkan pemilik IC dengan nombor terakhir ganjil adalah LELAKI.

4. Libido aku meningkat jika melihat gadis seksi. Bukankah itu tanda lelaki tulen yang cukup hormon testosteronnya?

5. I have a penis and I pee standing up :P

Sekian.

Loooooseeeeeeeerrrrrrr!



Q: Did you hear that the Post Office just recalled their latest stamps?
A: They had pictures of Manchester United Players on them ... and people couldn't figure out which side to spit on.

Q: What do you call 20 Manchester United Fans skydiving from an aeroplane?
A: Diahorrea

Q: What do you call a Man Utd season ticket holder?
A: Scenery...


Q: What do Manchester United Fans and sperm have in common?
A: One in 3,000,000 has a chance of becoming a human being.

Q: What's the difference between listening to Alex Ferguson's after-match interview and childbirth?
A: One's an extremely painful almost unbearable experience, and the other one's just having a baby.

Q: What have Man Utd and a 3-pin plug got in common?
A: They're both bugger-all use in Europe.

Q: What would Cristiano Ronaldo's name be if he was a Spice Girl?
A: Waste of Spice

Wednesday, May 27, 2009

Tenggelam timbul

Shit. Aku mulakan entry ini dengan shit bukan kerana sedang menyumpah menggunakan perkataan shit. Tapi mmg aku nak bercerita pasal shit.
Weekend hari tu, ahad malam selepas berjimba2 di Sogo utk sesi karaoke, aku pun menuju ke Bangsar utk saja berjalan2.
Kemudian tunang aku nak pegi ke tandas, jadi kami berhentilah di Petronas Jalan Maarof, yang belah nak masuk Jalan Riong tu.
Tunang aku keluar, aku pun tunggu dalam kereta, sambil makan Walls drumstick coklat. Tiba2 ada seorang makcik tua pakai baju kelawar lalu sebelah kereta aku. Bukan nak kutuk, tapi mmg serabai sungguh makcik tua itu. Ye, aku memang nak mengutuk ni. Makcik tu berjalan sebelum menunggu di tepi sebuah teksi yang sedang mengepam angin.
Tak lama lepas makcik tu lalu jalan lalu sebelah kereta aku, tunang aku masuk dengan terus berkata.

cik tunang:Bee, tgk makcik tu.
Aku: Ye, perasan tadi dia lalu sebelah kereta ni.Cam orang tak betul je.
cik tunang:Dia berak tak flush.Nampak t**k dia timbul. Besar pulak tu.
Aku: Shit! Mana tau?
cik tunang: Orang masuk tandas dia baru je keluar. Nampak t**k dia. Besar, bau ikan. Orang tahan nak muntah.
Aku: (dalam hati) Camna nak habiskan Walls Cornetto ni. Kaler pun sama dengan t**k.
Shit!

Sunday, May 24, 2009

Mengaku kalah (White Flag)

Damn. Selak2 Youtube dan terjumpa lagu ni. Aku punyalah minat satu ketika dulu sampai beli cd Dido (her 2nd album-Rent For Life 2003)!! Dido i lap you. Soothing voice.

Layan.

Saturday, May 23, 2009

Melunyai suara.

Sapa suka karaoke? Aku salah sorang peminat aktiviti hujung minggu ni, tapi takdelah sampai tiap2 minggu muka aku bertempek kat pusat karaoke. Lainlah kalau errr...ada kaki yang sudi menabur duit sponsor karaoke.
Aku memang suka menyanyi, dari kecik lagi. Takdelah masuk pertandingan bagai, tapi err..orang kata memang aku boleh menyanyi. Hehe. Orang katalah. Tapi masa kecik2 dulu manalah boleh pegi pusat karaoke. Kat rumah pun takde set karaoke. Maka karaokelah aku di awang-awangan.
Masa kehidupan skolah dan kat uni pun aku tak pernah start aktiviti ni, takde kaki yang ajak. Mungkin semua kawan2 aku tak berbakat. Kot. (Ye, aku menghina mereka.Haha)
1st time aku jejak kaki kat karaoke masa umur 23. Ye 23. Lambat bukan. Pusat karaoke yang bertuah tu terletak di Jalan Imbi, ye Imbi Plaza. Alah dekat area2 yang ada tulis KTV besar2 tu. Gi ngan tunang aku skarang nilah.
Lepas kali pertama tu, ketagihan aku pada karaoke mula menjalar. Sampai sanggup ada skali tu hari bekerja malamnya aku ke sana. Dan esoknya aku tak gi kerja (Masa tu aku kerja di Cyberjaya, takpelah aku pun tak suka kerja tu). Macam2 pusat karaoke aku dah try. Tapi takdelah sampai downgrade diri kat karaoke jamban. Alah yang singgit satu lagu tu. Ye ke singgit satu lagu? Tak taulah.
Kalau di karaoke, lagu2 pilihan aku pelbagai. Macam2 genre. Lagu pompuan pun aku belasah. Kebanyakannya lagu Melayulah. Lagu orang putih kurang skit. Pronouncation lari kot (Sebenarnya aku kurang dgr lagu2 Orang putih, kecuali yang lama2 dan rock band 80-90an je).Tapi kalau setakat lagu Love Hurt tu habis jugaklah. Hehe.
Aku nak gi karaoke minggu ni. Yahu.

Thursday, May 21, 2009

Pop Yeh Yeh. Aku layan.

Selain rock kapak, aku jugak layan lagu-lagu 60-an yang sangat terkemuka dengan gelaran Pop Yeh Yeh. Memang dasyat penangan lagu orang lama-lama nih. Aku paling suka riff gitar lagu2 ni, meruntun beb. Lagi satu, sebab lagu2 ni senang nak dinyanyikan, terutama utk kaki karaoke cam aku ni yang pitch tak seberapa. Dan lagu2 Pop Yeh Yeh jugak jadi pilihan kebanyakan majlis2 kawin. Aku suka. Lepas tu, perasan tak tiap kali musim Raya mesti ada konsert Pop Yeh Yeh kat TV1. Aku layan ngan Abah aku. Hehe.

Kita layan yang ni dulu eh.
L.Ramlie-Dara Pujaan



A Rahman Onn-Si Cincin Emas



A Halim-Kisah Dan Tauladan

Wednesday, May 20, 2009

Labbaikallahumalabbaik. Jahil btul!!

Aku ada satu cerita ni. Cerita yang agak kurang ajar dan berdosa besar. Ok, dulu aku skolah asrama penuh. Biasalah skolah asrama penuh kena solat jemaah kat surau. Masa tu dah form 4 dah. Memandangkan form 4 dah senior time solat Maghrib boleh kat saf belakang2 sbb senang nak blah. Ada satu malam ni macam biasa la form 1 sampai form 4 berjemaah Maghrib (form 5 biasa solat kat dorm je, kecuali yang jenis2 alim).
Kitorang yang form 4 cam biasa la belonggok kat saf2 belakang. Solat cam biasa..Imam baca Al-Fatihah, amin beramai-ramai. Baca surah lazim. Kemudian rukuk. Bangun dr rukuk, imam sebut Allahuakbar. Senyap, sebelum turun sujud. Tiba-tiba ada satu suara menyahut dengan niat nak buat lawak kurang ajar "Labbaikallahumalabbaik". Agak kuat jugaklah ayat lambaian Kaabah tu.
Berderai doh gelak masa tu. Aku pun..errr..gelak jugaklah. Memang takleh blah. Bayangkan unexpected punya lawak masa solat. Dalam keadaan yang senyap sebelum turun sujud tu. Yang gelak tu confirmlah tak khusyuk, tapi aku rasa yang khusyuk pun tak boleh blah bila dengar seruan Kaabah tu. Kena gelak. Memang ramai tergelak, termasuk budak2 junior form 1 form 2 yang terdengar lawak haram jadah tu. Apalah jahil kitorang masa tu. Kahkahkah (dosa ni, taubat). To TJ, bro aku terpaksa mentionlah nama kau sbb mmg kau yang buat menda tu pun. Apalah citer kau skang ek? Semoga dilindungi Allah. Hehe.

Tuesday, May 19, 2009

Formula One is for losers

Lama tak update ni. Aku baru balik cuti seminggu. Agak lama tak cuti, last dalam bulan 2 dulu. Byk menda aku settlekan masa cuti tu, etc..etc. So semalam aku dah start kerja cam biasa.
Ok, back to my post heading kat atas tu, ye aku memang mengutuk habis org yang kononnya fanatik dengan 'sukan' permotoran yang satu ni. 'Sukan'? Wtf. Don't call it sukanlah, shame on me as a sport enthusiast.
Bullshit btul lah Formula One ni, dgn tiap2 tahun tukar peraturan, sama perangai dgn FAM yg tiap2 tahun tukar format liga M. And news that Ferrari to pull out from that tournament next year because of a new rule on budget restriction was really a laughing stock, and I coundn't stop laughing by now. Pure joke. Kalau nak diibaratkan macam Maradona main bola sambil bogellah kan.
Dulu, ada sorang of my colleague, a former sport journalist tanya kat aku sama ada aku pernah tgk live Formula One kat Sepang. Heck, I don't give it a damn to watch it live, and it has been years since I care of Formula One. Lagi baik aku bayar 10 ringgit tgk liga M tiap2 minggu. Serius ni.
Dan dia cakap, menyesal kalau aku tak tgk live F1 kat bumi Malaysia ni, at least once. Heck no. Well, what was my biggest sporting event regret so far?
1. Tak pegi Commanwealth Games 98
2. Tak pegi Piala Dunia Hoki 2002
3. Tak pegi Thomas Cup/World Championship Badminton
4. Tak pegi Stadium Merdeka masa Johor juara Malaysia Cup 91
..and the list so on and on. But never watch F1 in Sepang, won't make it in my list of regrettable miss of sporting events in Malaysia.
Pegi mampuslah sama F1.
Suka hati akulah nak cakap F1 enthusiasts are sore losers kan? Haha, ramai je cakap aku yang selalu turun stadium tgk liga tempatan ni losers? Well, minat masing-masing ye tak?

Ah sebelum aku nak tido ni, I wish Manchester the Scum a big congrats lah ye on the Premiership title. You almost missed it. Damn those draws at Anfield. See you next season.

Monday, May 11, 2009

Reunion SDAR batch 99

Dewan Kuliah Rahah

After Dinner

Depan Blok Pentadbiran



3 Aminuddin Baki (1997)



5 Hurairah (1999)



Weekend hari tu aku spent 1 and a half day kat Seremban untuk Reunion Sdar batch 99.
Ada la plus minus 70 orang yang datang sepanjang majlis tu daripada batch kitorang yang kalau nak dihitung masuk pada 5 Disember 1994 adalah sepatutnya dalam 150++.
Itu campur yang blah lepas seminggu masuk, blah time form 2, time form 3, PMR tak lepas syarat, blah time form 4 dan time form 5 pun ada (kena kick).
Kalau ikut yang habis SPM, 126 orang (kot).
Jumaat malam tu dorang dah start berkumpul kat tapak SDAR baru di Sg. Gadut utk ceramah kerjaya kepada current budak2 SDAR yang nak amik SPM (aku tak join).
On the next day, sebelah petang diadakan friendly match ragbi ngan bola antara batch 99 dan budak2 SDAR sekarang. Dua2 match kalah. Biasalah kalau badan sorang2 dah macam daging korban, mana nak cucuk angin budak2 tu yang tiap2 petang main.
Malam tu pulak, diadakan dinner yang turut disertai HM dan cikgu2 kitorang dulu. Adalah dalam 5-6 cikgu yang datang. Time dinner la kehadiran paling ramai sbb siangnya maybe ramai yang ada hal.
Lepas dinner, aku dengan 7 org lain gi Taipan Senawang layan karaoke. Boleh la sorang dalam 3-4 lagu.
Next day, Ahad kitorang lepak kat tapak SDAR lama di Jalan Sikamat, tempat asal kitorang belajar dulu. Jalan2 mengimbau nostalgia lama yang dah 10 tahun ditinggalkan.
Snap2 gambar lebih kurang, sampai kul 2 agenda berakhir.
Next plan? Family day kot 5 tahun lagi. Masa tu umur dah 32. Ada yang dah ada 5 anak kot. Haha.

Thursday, May 7, 2009

Apa ke halal?


Sekarang Mihas sedang berlangsung di Matrade, Jalan Duta.

Tahun ni ada satu company dari Iran - dorang bawak satu product ni.

Non-alcoholic beer. Nama dia Istak.

Pegila Mihas kalau nak rasa. Hall G, berhampiran Mihas Bistro dan Mihas Media Village.

Aku dah rasa. Macam *toot* je. Maybe sbb tak taruh ais kot.

Atau tak letak kat wine glass yang nampak lagi cool tu.

Packaging dia standard packaging beer, stout dan sekutunyalah.

Jakim bila nak bukak fatwa ni? Dah sampai Malaysia dah produk ni, siap nak bukak kilang lagi kat sini. Apa ke halal?

Tapi aku macam pernah nampak jual kat Raju's PJ.


p/s sok layan Mihas lagi.

Come on Tomok





Aku tau kau memang best.
1999 kau dengan Sejarah Mungkin Berulang 2009 kau dengan Rindu Terhenti.
What a transformation.
Sori aku tak vote kau, tapi aku doakan yang terbaik untuk kau.
Jangan jadi tak tentu hala lagi lepas ni bro. Keep it up.

p/s Eh Tomok. Syuk apa cerita skarang? Haha.

Shah Indrawan-Rindu Terhenti (Studio Version)
http://www.mediafire.com/?5ymt4zkd2ty

TELAHKU TINGGALKAN
MEMORI SILAM KU ITU
TIDAKKU BIARKAN HIDUPKU
DIBELIT PILU
WALAU DUKA MENAMPAN DADA
WALAU SEPI MANCALAR HATI
RINDU KU TERHENTI

KU PINGGIRKAN SAYU
YANG MERUNTUHKAN PINTU
KASIH TULUS
KU BIAR BERLALU
KU PINGGIRKAN LARA
YANG BERPAUT DIJIWA
KU TERUSKAN HIDUP TANPA DIA

PADAHNYA LAMA DAH TUNGGU
HILANG TAK BERGANTI
CINTA TIBA CINTA PERGI
BIARLAH SATU HATI

WALAU DUKA MENAMPAN DADA
WALAU SEPI MENCALAR HATI
RINDUKU TERHENTI

KU PINGGIRKAN SAYU
YANG MERUNTUHKAN PINTU
KASIH TULUS
KU BIAR BERLALU
KU PINGGIRKAN LARA
YANG BERPAUT DI JIWA
KU TERUSKAN HIDUP TANPA DIA

PADAHNYA LAMA DAH TUNGGU
HILANG TAK BERGANTI
CINTA TIBA CINTA PERGI
BIARLAH SATU

KU LUPA KANMU JUA
SEDIH KAU PERGI MENJAUHI

KU PINGGIRKAN SAYU
YANG MERUNTUHKAN PINTU
KASIH TULUS
KU BIAR BERLALU

KU PINGGIRKAN LARA
YANG BERPAUT DI JIWA
KUTERUSKAN HIDUP TANPA DIA

PADAHNYA LAMA DAH TUNGGU
HILANG TAK BERGANTI
CINTA TIBA CINTA PERGI
BIARLAH SATU HATI

BIARLAH SATU HATI

Wednesday, May 6, 2009

Sentimental


Tajuk entry macam jiwang, tapi hakikatnya aku cukup sedih sehari dua ni. Disebabkan PERPISAHAN. Bukan putus tunang ke apa, tapi aku sebak bila membaca tajuk entry ini di Soccernet Isnin lepas iaitu 'Hyypia to leave Liverpool'.

Bila bercakap mengenai 'role model', mamat ni adalah contoh terbaik mengenai perkataan SETIA dan DEDIKASI dalam bola sepak moden.

10 tahun servis di Liverpool untuk seorang pemain asing yang berasal dari Finland cukup membuktikan dua perkataan dalam bold letter di atas layak, selayaknya diberikan untuk Hyypia.

Aku masih di Tingkatan Lima semasa Hyypia menyertai Liverpool, iaitu sekitar summer 1999. Bila 1st time aku baca nama mamat ni dengan Vladimir Smicer sign untuk Liverpool, ayat pertama yang terlintas 'dari negara mana mamat ni, at least Smicer aku kenal masa zaman Euro 96'.

Tak terduga inilah the best signing in comparison pound for pound yang pernah dibuat Liverpool. (Hyypia signed for 2.5 million pound from Willem II, Holland)

Hyypia merangkul 10 piala sepanjang 10 tahun khidmatnya dengan Liverpool, termasuk dua tahun berkhidmat sebagai KAPTEN iaitu antara 2001 hingga 2003.

Buat pengetahuan, jersi pertama Liverpool yang aku beli juga tertera nama HYYPIA 4 dekat belakang dan jersi tu masih ada cuma tak cantik nak pakai sebab tulisan sponsor dia dah tertanggal.

To Hyypia, I wish you a bright future at Leverkusen. Show the same commitment as what you did to Liverpool. Do come back to Anfield as a coach in a couple of years.

Good bye big man! You'll Never Walk Alone.

Tuesday, May 5, 2009

Perlindungan

Terlalu sangat sibuk dengan dunia. Kadang-kadang lupa untuk amalkan ayat yang dulu ada di hati. Apalah nak jadi.

In the Name of Allâh, the Most Gracious, the Most Merciful.

"Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him Nor Sleep. His are all things In the heavens and on earth. Who is there can intercede In His presence except As he permitteth? He knoweth What (appeareth to His creatures As) Before or After or Behind them. Nor shall they compass Aught of his knowledge Except as He willeth. His throne doth extend Over the heavens And on earth, and He feeleth No fatigue in guarding And preserving them, For He is the Most High. The Supreme (in glory)."
(This Verse 2:255 is called Ayat al-Kursi)

Kelebihan Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur’an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”
Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”

Sabda Rasulullah S.A.W, ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”

Amin. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, May 4, 2009

Rock kapak paling melodic



Pernah dengar band Belantara? Ok dari 100 orang yang aku tanya mungkin 2 orang je yang tau.

Aku wiki dulu yeh. Panjang jugak info dalam wiki ni, nampak sangat korang yang tak pernah tau pasal Belantara ni tak rock kapak. kahkah.

Aku pernah dengar band ni masa umur enam tahun, ye enam tahun (1988). Biasalah baru pandai membaca dan aku suka sangat baca majalah Gelihati. Kartunis Goyourock (skarang pakai nama Gayour kot) selalu sangat keluarkan cerita rock-rock ni dan terkeluar la jugak nama band ni.

Memang tak famous pun sebab diorang masa tu study kat State. So takde masa nak masuk Juara Lagu kot. Tapi bila dengar lagu derang memang kualiti habis. Susah nak carik lagu dorang influence dari sapa. Rare and original. Rock kapak melodic, dengan lirik2 yang sangat bagus dan penggunaan bahasa yang betul.

BTW, guitarist dia kalau tak salah ex-SDAR, alma mater aku. Tak sure sapa, Benson kot.

Last year diorang buat comeback dengan single dorang jadi lagu tema filem 'Budak Kelantan'. Tajuk lagu 'Lena Yang Biru'.

Ni blog derang.
http://belantara.blogspot.com

Source wikipedia.

Kumpulan Belantara merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Kumpulan muzik ini ditubuhkan oleh 2 pelajar Washington State Universiti (Zaid, Shukri), Pullman dan 1 pelajar Universiti Idaho, Moskow (Aziz). Bermula dengan menulis beberapa lagu original, bahang populariti muzik rock di Malaysia dapat di rasakan oleh ketiga-tiga pelajar ini membuatkan mereka mencuba nasib dan mengirimkan rakaman demo yang mengandungi 5 lagu kepada Polygram Records Malaysia. Hasil daripada itu, Polygram Records yang melihat kepada potensi kumpulan ini telah menawarkan kontrak rakaman album kepada Belantara.
Belantara menghasilkan 3 album, "Belantara" (1987), "SriKandi DiSisi" (1988), dan "Infiniti" (1990). Kumpulan muzik ini lebih popular di kampus-kampus pengajian tinggi yang rata-rata lebih senang menerima perutusan yang terdapat dalam lagu-lagu yang di lontarkan oleh Belantara.

Ahli-ahli
Zaid
Shukri
Aziz
Benson

Lagu-lagu
Belantara
Kepangkuan Ibunda
Jebat
Jiwa Perajurit
Sutra
Jentera Pemusnah
Dewi
Rintihan Menara Gading
Nostalgy
Negaramu Yang Utama
Perintah Berkurung
Srikandi Di Sisi
Panglima Angkasa
Pelangi Dan Nafiri
Hadiah Harijadi
Menari Di Dalam Hujan
Bunga Matahari
Biar Rindu
Cubaan Bukan Satu
Mutiara
Mereka
Pelita Ketenangan
Lautan Cahaya
Telefon
Bunga Bangsa
Daya Tarikan
Airmata
Dikau Yang Berbeda
Destinasi Infiniti
Jalan Pulang

Saturday, May 2, 2009

Bila pencuci tandas bercuti

Ok. Susah untuk aku nak terangkan keadaan bila pencuci tandas bercuti sempena 1 Mei. Aku kena kerja pada hari tu iaitu semalam dan menjelang jam 5, seperti biasa perut aku sakit. Aku masuk ke tandas (untuk orang OKU sebenarnya) berhampiran dengan Ruang Reception BH/HM.

Ok.Bila pencuci tandas bercuti keadaan tandas sungguh azab. Lantai hitam daki, tisu berselerak dan puntung rokok di sana sini.

Ok. Semalam selain menjalankan tugas biasa, aku turut mengambil alih tugas pencuci tandas. Mana taknya, mangkuk tandas tu ada bekas-bekas yang tak ingin dilihat. Macamana mau berak?

Akak-akak cleaner. Hari ni nanti kerja macam biasa ye. Isnin saya mau masuk tandas itu lagi. BTW, tisu dekat tandas OKU dah habis ye kak. Terima kasih. (tau pulak nak cakap terima kasih)

Friday, May 1, 2009

Bagi tenang akal.

Antara my all time favourite. Tak perlu kecoh, jiwa muzik aku mendahului zaman.

Tak ramai generasi lahir 1980an boleh terima 'culture' New Wave Metal macam ni.

Layan saja ye. Tak minat kau boleh youtube Miley Cyrus.

Kembali menulis

Ada orang kata apabila kita terlalu bebas menulis, maka semakin banyak kesalahan akan kita buat. Apabila aku menulis, InsyaAllah pertimbangan akal yang waras akan digunakan.
Enjoy my next postings.