Saturday, May 23, 2009

Melunyai suara.

Sapa suka karaoke? Aku salah sorang peminat aktiviti hujung minggu ni, tapi takdelah sampai tiap2 minggu muka aku bertempek kat pusat karaoke. Lainlah kalau errr...ada kaki yang sudi menabur duit sponsor karaoke.
Aku memang suka menyanyi, dari kecik lagi. Takdelah masuk pertandingan bagai, tapi err..orang kata memang aku boleh menyanyi. Hehe. Orang katalah. Tapi masa kecik2 dulu manalah boleh pegi pusat karaoke. Kat rumah pun takde set karaoke. Maka karaokelah aku di awang-awangan.
Masa kehidupan skolah dan kat uni pun aku tak pernah start aktiviti ni, takde kaki yang ajak. Mungkin semua kawan2 aku tak berbakat. Kot. (Ye, aku menghina mereka.Haha)
1st time aku jejak kaki kat karaoke masa umur 23. Ye 23. Lambat bukan. Pusat karaoke yang bertuah tu terletak di Jalan Imbi, ye Imbi Plaza. Alah dekat area2 yang ada tulis KTV besar2 tu. Gi ngan tunang aku skarang nilah.
Lepas kali pertama tu, ketagihan aku pada karaoke mula menjalar. Sampai sanggup ada skali tu hari bekerja malamnya aku ke sana. Dan esoknya aku tak gi kerja (Masa tu aku kerja di Cyberjaya, takpelah aku pun tak suka kerja tu). Macam2 pusat karaoke aku dah try. Tapi takdelah sampai downgrade diri kat karaoke jamban. Alah yang singgit satu lagu tu. Ye ke singgit satu lagu? Tak taulah.
Kalau di karaoke, lagu2 pilihan aku pelbagai. Macam2 genre. Lagu pompuan pun aku belasah. Kebanyakannya lagu Melayulah. Lagu orang putih kurang skit. Pronouncation lari kot (Sebenarnya aku kurang dgr lagu2 Orang putih, kecuali yang lama2 dan rock band 80-90an je).Tapi kalau setakat lagu Love Hurt tu habis jugaklah. Hehe.
Aku nak gi karaoke minggu ni. Yahu.

2 comments:

lavidalabelle said...

'Alah dekat area2 yang ada tulis KTV besar2 tu. Gi ngan tunang aku skarang nilah'.


owh dah berTUNANG.



lalalala....

Shahrizan Salian said...

Belle.

Oh yeke? I pun tak perasan. Single lagi kot.

lalalala....