Monday, May 4, 2009

Rock kapak paling melodic



Pernah dengar band Belantara? Ok dari 100 orang yang aku tanya mungkin 2 orang je yang tau.

Aku wiki dulu yeh. Panjang jugak info dalam wiki ni, nampak sangat korang yang tak pernah tau pasal Belantara ni tak rock kapak. kahkah.

Aku pernah dengar band ni masa umur enam tahun, ye enam tahun (1988). Biasalah baru pandai membaca dan aku suka sangat baca majalah Gelihati. Kartunis Goyourock (skarang pakai nama Gayour kot) selalu sangat keluarkan cerita rock-rock ni dan terkeluar la jugak nama band ni.

Memang tak famous pun sebab diorang masa tu study kat State. So takde masa nak masuk Juara Lagu kot. Tapi bila dengar lagu derang memang kualiti habis. Susah nak carik lagu dorang influence dari sapa. Rare and original. Rock kapak melodic, dengan lirik2 yang sangat bagus dan penggunaan bahasa yang betul.

BTW, guitarist dia kalau tak salah ex-SDAR, alma mater aku. Tak sure sapa, Benson kot.

Last year diorang buat comeback dengan single dorang jadi lagu tema filem 'Budak Kelantan'. Tajuk lagu 'Lena Yang Biru'.

Ni blog derang.
http://belantara.blogspot.com

Source wikipedia.

Kumpulan Belantara merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Kumpulan muzik ini ditubuhkan oleh 2 pelajar Washington State Universiti (Zaid, Shukri), Pullman dan 1 pelajar Universiti Idaho, Moskow (Aziz). Bermula dengan menulis beberapa lagu original, bahang populariti muzik rock di Malaysia dapat di rasakan oleh ketiga-tiga pelajar ini membuatkan mereka mencuba nasib dan mengirimkan rakaman demo yang mengandungi 5 lagu kepada Polygram Records Malaysia. Hasil daripada itu, Polygram Records yang melihat kepada potensi kumpulan ini telah menawarkan kontrak rakaman album kepada Belantara.
Belantara menghasilkan 3 album, "Belantara" (1987), "SriKandi DiSisi" (1988), dan "Infiniti" (1990). Kumpulan muzik ini lebih popular di kampus-kampus pengajian tinggi yang rata-rata lebih senang menerima perutusan yang terdapat dalam lagu-lagu yang di lontarkan oleh Belantara.

Ahli-ahli
Zaid
Shukri
Aziz
Benson

Lagu-lagu
Belantara
Kepangkuan Ibunda
Jebat
Jiwa Perajurit
Sutra
Jentera Pemusnah
Dewi
Rintihan Menara Gading
Nostalgy
Negaramu Yang Utama
Perintah Berkurung
Srikandi Di Sisi
Panglima Angkasa
Pelangi Dan Nafiri
Hadiah Harijadi
Menari Di Dalam Hujan
Bunga Matahari
Biar Rindu
Cubaan Bukan Satu
Mutiara
Mereka
Pelita Ketenangan
Lautan Cahaya
Telefon
Bunga Bangsa
Daya Tarikan
Airmata
Dikau Yang Berbeda
Destinasi Infiniti
Jalan Pulang

1 comment:

Unknown said...

Kalau nak dengar lagu2 yg makan dalam' inilah kumpulannya..belang ketara...