Monday, May 11, 2009

Reunion SDAR batch 99

Dewan Kuliah Rahah

After Dinner

Depan Blok Pentadbiran



3 Aminuddin Baki (1997)



5 Hurairah (1999)



Weekend hari tu aku spent 1 and a half day kat Seremban untuk Reunion Sdar batch 99.
Ada la plus minus 70 orang yang datang sepanjang majlis tu daripada batch kitorang yang kalau nak dihitung masuk pada 5 Disember 1994 adalah sepatutnya dalam 150++.
Itu campur yang blah lepas seminggu masuk, blah time form 2, time form 3, PMR tak lepas syarat, blah time form 4 dan time form 5 pun ada (kena kick).
Kalau ikut yang habis SPM, 126 orang (kot).
Jumaat malam tu dorang dah start berkumpul kat tapak SDAR baru di Sg. Gadut utk ceramah kerjaya kepada current budak2 SDAR yang nak amik SPM (aku tak join).
On the next day, sebelah petang diadakan friendly match ragbi ngan bola antara batch 99 dan budak2 SDAR sekarang. Dua2 match kalah. Biasalah kalau badan sorang2 dah macam daging korban, mana nak cucuk angin budak2 tu yang tiap2 petang main.
Malam tu pulak, diadakan dinner yang turut disertai HM dan cikgu2 kitorang dulu. Adalah dalam 5-6 cikgu yang datang. Time dinner la kehadiran paling ramai sbb siangnya maybe ramai yang ada hal.
Lepas dinner, aku dengan 7 org lain gi Taipan Senawang layan karaoke. Boleh la sorang dalam 3-4 lagu.
Next day, Ahad kitorang lepak kat tapak SDAR lama di Jalan Sikamat, tempat asal kitorang belajar dulu. Jalan2 mengimbau nostalgia lama yang dah 10 tahun ditinggalkan.
Snap2 gambar lebih kurang, sampai kul 2 agenda berakhir.
Next plan? Family day kot 5 tahun lagi. Masa tu umur dah 32. Ada yang dah ada 5 anak kot. Haha.

2 comments:

lavidalabelle said...

yg badan mcm teddy bear tu sedap pelok tuh xD

Shahrizan Salian said...

Belle. Dalam gambar tu bukan tahap2 teddy bear. Ramai dah tahap daging korban.